"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL"
PEMBERITAHUAN
GURU BESAR TELAH MENYERAHKAN SURAT PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN
KEPADA:-
EN. YUSREE BIN YUSSOF ( SIDANG PAGI)
EN. NOORHASSAN MAIEH (SIDANG PETANG)
Guru Besar
En. Kassah Bin Masrah
BERITA SEMASA
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU KEPADA MANTAN PPD LAHAD DATU EN. MOHD ZAINI YANIN
Kami warga SK lahad Datu II mengucapkan selamat berpindah ke jawatan baru Sebagai Ketua Sektor Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kepada EN. Mohd Zaini Yanin, mantan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu.
Lawatan Pelatih Tahun Ke 3 IPG Tawau
1 Mac, 2011
Seramai 70 orang pelatih dari IPG Tawau telah datang melawat ke sekolah ini.
Guru Besar telah memberi taklimat tentang tentang pelan strategik sekolah.
Perarakan Maulidur Rasul Pkt. Daerah L/Datu
15 Feb. 2011
Buat Sepanduk Sempena Maulidur Rasul
11 Feb. 2011
GB Menghadiri Kursus Anjuran IAB
8–10 Feb. 2011
Guru Besar telah menghadiri kursus bersama-sama dengan guru besar-guru besar sekolah Daerah Lahad Datu di PKG Lahad Datu.
Mesyuarat Jawatankuasa 2011
16 Nov. 2010
Dalam Mesyuarat ini Guru Besar telah mengumumkan ahli jawatankuasa yang telah di pilih bagi tahun 2011.
Turut menghadiri mesyuarat tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah En Jaini Yamin. Dalam ucapan penutupan En Jaini Yamin telah mengucapkan tahniah kepada warga SK Lahad Datu II atas pencapaian UPSR tahun ini kerana seramai 14 orang murid telah mendapat 5A.
En. Jaini juga telah menyampaikan sijil penghargaan terhadap pencapaian itu.
Menandatangani Buku Rekod Akhir Tahun
16 Nov. 2010
Malam Sanjungan Budi & Jamuan Akhir Tahun
15 Nov. 2010
Hari Anugerah Kecemerlangan
11Nov,2010
Acara tahunan ini telah diadakan di Dewan Sri Perdana Lahad Datu. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajarn Daerah Lahad Datu, En. Jaini Yanin
Acara yang berlangsung gilang-gemilang itu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2010
9 Nov, 2010
Unit HEM telah menganjurkan program sempena Hari Kanak-Sedunia.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah;
Pertandingan Mewarna untuk murid-murid Tahap 1, Pertandingan Melukis untuk murid-murid Tahap 2, Pertandingan Nyanyian untuk murid-murid Tahun 1 hingga 6 dan cabutan bertuah.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Kejohanan Sukan Sekolah 2010
4 Nov, 2010
Kejohanan ini telah berlangsung sejak 30 Okt. 2010.
Perasmian penutupan telah di adakan di padang sekolah yang dirasmikan oleh YDP PIBG.
Antara acara kemuncak yang diadakan pada hari penutupan adalah acara-acara akhir balapan.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Karnival Sains 2010
25-29 Okt, 2010
Karnival anjuran bersama Panitia Sains dan Persatuan Sains ini telah berjalan selama 5 hari.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
25-29 Okt, Pertandingan Kuiz Sains untuk murid-murid Tahun 1 Hingga Tahun 6.
25 Okt, Pertandingan STRAW TOWER Murid-murid Tahun 6.
26 Okt, Pertandingan MAKE THE BOAT Murid-murid Tahun 5.
27-28 Okt, Bean's Circuit Terbuka kepada semua murid, Meneka benda/bahan, Pameran dan Gerai Jualan.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Jamuan Perpisahan Murid-Murid Tahun 6, 2010
27 Okt, 2010
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2010
22 Okt. 2010
Unit Ko-Kurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Kembara Malam, Jungle Tracking, Pertandingan Memask, Aktiviti Air dan Aktiviti menanam pokok.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
MTQ Peringkat Sekolah 2010
13 Okt, 2010
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Program Sambutan Hari Raya
2 Oktober 2010
Satu Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan bagi warga sekolah.
Bermula dengan menyembelih lembu pada petang Jumaat 1 Okt, seterusnya gotong-royong memotong daging di sebelah malamnya.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Selamat Bersara Cikgu Saudah
1 Oktober, 2010
Majlis telah diadakan bagi meraikan Cikgu Saudah yang akan bersara. 1 Okt. 2010 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai guru.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Majlis Penutupan Ihya Ramadhan
3 September 2010,
Antara acara yang dijalankan padamajlis tersebut ialah Solat Hajat dan Bacaan Yassin, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim.
Sebelum itu sepanjang Bulan Ramadhan ini juga telah di jalankan beberapa aktiviti antaranya Solat Tarawih sepanjang Bulan Ramadhan, Tadarus Al-Quran setiap Hari Jumaat dan Tabung Derma untuk murid-murid miskin.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Pelancaran Kempen Menderma Sempena Bulan Ramadhan
16 Ogos, 2010
Kempen yang berjalan selama seminggu yang bermula pada 16 Ogos 2010, telah dirasmikan oleh Guru Besar En. Kasah Bin Masrah. Kempen ini adalah anjuran Guru-Guru Agama sekolah ini.
Program Karnival Sukan
6 Julai 2010
Sempena Program Karnival Sukan, sekolah telah mengadakan aktiviti Senam Robik.
Aktiviti telah dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Dalam aktiviti tersebut guru besar telah turut serta bersenam robik.
Sambutan Hari Guru 2010
3.Julai 2010
Oleh kerana kesibukan dan tidak ada masa yang sesuai untuk mengadakan sambuatan, baru ini sekolah dapat mengadakannya.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu Sekolah dan diikuti dengan lagu Guru Malaysia.
Selepas itu perlawanan bolasepak antara guru lelaki dengan murid dan bola jaring antara guru perempuan dengan murid. Seterusnya acara sukaneka dijalankan.
Selesai acara tersebut penyampaian hadiah kepada peserta yang menang serta ucapan terakhir dari Cikgu Gomez dan Ahmad Makmon yang akan berpindah ke sekolah lain.
Acara diakhiri dengan jamuan yang diadakan di kantin sekolah.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Jamuan Perpisahan Untuk Cikgu Jasima
2 Julai 2010
Guru-guru sidang petang telah mengadakan jamuan perpisahan untuk Cikgu Jasimah yang akan berpindah ke SK. Kampung Selamat Kunak.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Hari Menandatangi Buku Rekod Sem.1
26 Jun 2010
Sekolah telah mengadakan Hari Terbuka bagi ibubapa menandatangi buku rekod kemajuan anak mereka bagi peperiksaan semester 1.
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya"
Team Koir SKLD2 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010
3 Jun,2010
Team Koir Sekolah telah mengadakan persembahan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah yang diadakan di Dewan Perdana Lahad Datu
"Klik pada imej untuk gambar seterusnya atau pergi ke Galeri untuk menonton rakaman videonya"
Mesyuarat Gotong-Royong Perdana
6 Mei, 2010
Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perlaksanaan Gotong-Royong Perdana anjuran PIBG yang akan diadakan pada 15 Mei, 2010.
YDP PIBG En. Junaidi bin Tan Sri Sunoh Marso turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
Setelah mesyuarat Gotong-Royong Perdana selesai, Kelab Guru telah mengambil alih mesyuarat bagi membincangkan beberapa aktiviti yang dirancang oleh Kelab Guru tahun ini.
Antara aktiviti yang dirancangkan ialah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 22 Mei, 2010.
Konvensyen Doktor Muda Pkt. Negeri Sabah 2010
3-5 Mei, 2010
Pasukan sekolah telah mewakili Daerah Lahad Datu dalam konvensyen yang telah diadakan di Dewan Pak Musa, Beufort. Walaupun ini adalah penyertaan sekolah yang pertama kali, namun pencapaian yang diperolehi amatlah membanggakan.
Pertandingan Ureka Peringkat Daerah Lahad Datu
30 April, 2010
Pasukan sekolah telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Ureka bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Lahad Datu.
Pertandingan tersebut telah diadakan sempena Karnival Sains di SK Pekan Lahad Datu.
Action Song Competition
17 April, 2010
Wakil sekolah yang menyertai pertandingan Action Song telah mendapat tempat kedua sempena Karnival B.Inggeris Peringkat Daerah Lahad Datu