SEK. KEB. LAHAD DATU II

 

Sejarah Sekolah

    Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II yang juga dikenali dengan panggilan Pekan 2 oleh masyarakat tempatan mula dibina pada tahun 1987 oleh Kerajaan Persekutuan dan Bank Dunia di atas tapak seluas 7 ekar.Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Lahad Datu.   

    Pn. Siti Rafiah Bt Hj. Hassim merupakan guru besar yang pertama ketika sekolah ini mula beroperasi. Pada mulanyanya sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan, sebuah flat guru dan kantin sekolah. Pada masa kini terdapat beberapa blok tambahan, bangunan pra sekolah, surau serta makmal komputer. Sebuah bangunan merupakan Pusat Kegiatan Guru (PKG) juga turut dibina di atas tapak sekolah ini.

Lencana Sekolah

 
     * Tiga bucu - Matlamat pendidikan pada asasnya untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.
    * Buku dan Obor - Semangat yang berkobar-kobar untuk mencari ilmu pengetahuan.
    * Warna -Kuning - Perpaduan di bawah satu lamban.
    * -Putih - Kesucian dan keikhlasan
    *  -Hijau- Kemurnian dan kesejahteraan

                                                 COGAN KATA SEKOLAH
Pendidikan: - Segala ilmu yang diperolehi berdasarkan matlamat pendidikan kebangsaan untuk perkembangan diri iaitu memantapkan jasmani, rohani, mental, sosial dan ekonomi.
Pelita : - Sebagai pedoman dan penyuluh gidup di masa hadapan.
Penghidupan:- Hidup yang seimbang dan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.

 


Visi Dan Misi

Visi
Sek.Keb Lahad Datu II menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2012

Misi
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang dalam kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Lagu Sekolah

                                                                           SEKOLAH KU
 
               Bersinar cahaya mentari pagi
               Menyinari indah sekolahku tercinta
               S. K. Lahad Datu II sekolahku
               Sekolah kebanggaanku

                                    c/o Kepercayaan kepada Tuhan
                                          Kesetiaan kepada negara
                                          Amalkan nilai-nilai murni
                                          dan berilmu akhlak mulia
                                          Gagah berdiri Kirana Sari
                                          Pendidikan Pelita Penghidupan
                                          Tekun usaha yakin berjaya
                                          Mencapai matlamat negara

                 Seia sekata bergandingan bahu
                 Bersama bersatu menjulang namamu
                 Di semua bidang masyurlah namamu
                 S. K. Lahad Datu II......sekkolahku

                 S. K. Lahad Datu II......sekolahku

Muzik oleh, Ronney Francis Marcelinus

Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online
Penafian: sklahaddatu2.weebly.com tidak akan bertanggungjawab ke atas masalah yang dihadapi diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.